suria

Raba Pembaca Berita, Senator Mohon Maaf

MINNESOTA: Seorang pembaca berita stesen radio mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang senator pada 2006.

Mangsa, Leeann Tweeden berkata, Al Franken turut mencium mulutnya yang sedang tidur ketika kejadian.

Ketika kejadian, Leeann dan Franken terlibat dalam aktiviti jelajah Organisasi Servis Bersatu (USO) bersama angkatan tentera Amerika Syarikat dan keluarga tentera.

Leeann dari stesen TalkRadio 790 KABS di Los Angeles mendedahkan kejadian itu di laman syarikatnya, minggu ini.

"Anda mencium saya tanpa izin, meraba buah dada saya ketika saya sedang tidur dan orang rakam kelakuan anda," kata Leean yang turut mendedahkan foto rakaman kejadian tersebut.

Laporan CNN mengatakan pendedahan itu menyebabkan Franken tertekan.

Beliau juga mengeluarkan kenyataan permohonan maaf pendek, kelmarin.

Dalam kenyataannya, Franken mengatakan beliau tidak ingat mengenai kelakuannya ketika itu.

"Saya memohon maaf dengan ikhlas kepada Leeann. Mengenai foto itu, ia sepatutnya menjadi kelakar tetapi tidak. Saya tak sepatutnya berkelakuan sedemikian," katanya.

Kenyataan permohonan maaf kedua turut dibuat dengan mengatakan beliau 'tidak tahu apa yang berlaku dalam kepalanya' ketika kejadian itu.

Sementara itu, dalam satu sidang media, Leeann mengatakan dia menerima permohonan maaf Franken.

pembaca berita, senator

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nyawa Masih Panjang

Artikel Lain