SEORANG bayi lelaki mencatat sejarah tersendiri apabila dilahirkan di Waterloo, sebuah stesen kereta api paling sibuk di London. Ibunya, Evelyn Brandao, 24, dalam perjalanan bersama keluarganya dari Woking sebelum menyedari tanda-tanda mahu bersalin semasa berada di dalam kereta api yang dinaikinya. Evelyn panik dan mendapatkan bantuan pengawal kira-kira pukul 3.45 petang. Dia kemudiannya dikejarkan ke bilik bantuan kecemasan stesen kereta api tersebut dan selamat melahirkan bayi yang diberikan Reign kira-kira pukul 4.10 petang. Evelyn percaya proses kelahiran anaknya dipercepatkan selepas dia minum daun teh raspberi sebelum itu. Selepas diperiksa pasukan paramedik, Evelyn dihantar ke Hospital St Thomas. Pengurus Stesen Waterloo, Justyna Syla berkata ia kes pertama yang berlaku di stesen kereta api terbabit. "Ia pertama kali berlaku dan sesuatu yang akan dikenang sepanjang hidup," katanya.