HARARE: Parti pemerintah Zimbabwe memecat Robert Mugabe sebagai pemimpin mereka pada Ahad. Pemimpin berumur 93 tahun itu diberi masa kurang dari 24 jam untuk mengundurkan diri sebagai presiden negara itu atau berhadapan dengan pendakwaan. Ia merupakan satu cubaan untuk menamatkan kuasanya selama 37 tahun selepas rampasan de facto. Mugabe merupakan satu-satunya pemimpin Zimbabwe sejak negara itu mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 1980. Seorang pegawai kanan parti pada sidang media memberitahu, Mugabe digantikan dengan Emmerson Mnangagwa, naib presiden yang dipecatnya pada bulan ini. - Reuters