suria

Padah Minta Bapa Cabul Bayi 4 Bulan

- Gambar hiasan

SEORANG lelaki menerima padah selepas cuba menyuruh seorang pegawai polis mencabul anak perempuannya yang berusia empat bulan untuk dia menyaksikan adegan itu secara langsung dalam talian.

Nathan Potter, 31, sedang menggunakan sebuah ‘chatroom’ ketika seorang pegawai polis yang sedang membuat tugas penyamaran melihat komennya.

Pegawai itu menyamar sebagai bapa kepada seorang bayi perempuan berusia empat bulan yang sebenarnya tidak wujud dan Potter telah menyuruh pegawai berkenaan menanggalkan lampin anaknya untuk tujuan seks.

Nathan Potter. -fotoNTI/metroUK

Polis kemudian menjejakinya dan menemui lebih 270 gambar kanak-kanak yang didera secara seksual.

Potter, dari Nuneaton, Warkwickshire, mengaku bersalah cuba menggalakkan atau menghasut penderaan seksual dilakukan ke atas seorang kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.

Dia juga mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan memiliki gambar tidak senonoh kanak-kanak dan dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan di Warwick Crown Court pada Khamis.

Dia telah diperintahkan untuk mendaftar sebagai pesalah seks untuk tempoh yang tidak ditentukan, tetapi untuk sekurang-kurangnya sepuluh tahun dan tertakluk kepada perintah pencegahan kemudaratan seksual sehingga notis selanjutnya. -metroUK


pedofilia, cabul

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain