SEORANG pelajar sebuah kolej membuang bayi yang baharu lahir dari bilik asramanya. Insiden itu menyebabkan bayi lelaki tersebut meninggal dunia ketika kejadian di Xiaxi, China. Menurut laporan Kwong Wah Yit Poh, pengawal keselamatan menemui bayi yang dibaluti dengan kain cadar selepas kejadian pada pukul 7 pagi Isnin lalu. Pelajar tersebut dibawa ke hospital selepas pihak pengurusan kolej melaporkan kejadian itu kepada polis. Rakan kolejnya tidak menyedari pelajar tersebut mengandung kerana dia mempunyai bentuk badan yang besar. "Dia menyembunyikan kandungannya dengan baik dan tidak pernah ponteng kelas. Kami langsung tidak tahu mengenainya," jelas kenyataan rasmi pihak kolej.