suria

Harimau Sarkas Terlepas Di Kota Paris

-fotoTwitter

SEEKOR harimau sarkas yang terlepas dari kandang dan berkeliaran di jalan-jalan sekitar Paris ditembak mati oleh pemiliknya.

Kehadirannya menjejaskan pengangkutan awam, membawa perkhidmatan kecemasan segera bergegas ke kawasan tersebut.

Anggota bomba dihubungi sebelum pukul 4 petang oleh orang ramai yang melihat haiwan seberat 200kg itu berkeliaran di kawasan tersebut yang terletak di bahagian selatan Menara Eiffel.

Kisah ini tersebar dengan cepat di media sosial dan pihak berkuasa pengangkutan Paris telah menggantung lalu lintas di laluan tram di kawasan itu.

-fotoAFP

"Pemiliknya terkejut. Apabila kami tiba, harimau seberat 200kg itu sudah mati," kata jurucakap bomba, Valerian Fuet.

Haiwan itu ditembak di satu lorong.

"Bukan tidak di jalanan, tiada orang lalu lalang," katanya.

Pemiliknya telah ditahan oleh pihak polis untuk diambil keterangan, sementara mayat harimau itu dibawa ke tempat pembedahan. Siasatan polis telah dibuka.

Harimau tersebut melarikan diri dari kawasan sarkas Bormann-Moreno, yang baru sahaja berpindah ke kawasan itu baru-baru ini dan merancang untuk membuat persembahan kepada orang ramai pada 3 Disember.

Yayasan Brigitte Bardot berkata apa yang berlaku adalah menakutkan sambil menggesa larangan penggunaan haiwan dalam sarkas.

"Satu keajaiban kali ini apabila tiada mangsa manusia," kata kumpulan itu. -theguardian

harimau, Paris, sarkas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain