suria

Gunung Agung Meletus Lagi

JAKARTA: Gunung Agung, gunung berapi di Pulau Bali dilaporkan meletus lagi dan mengeluarkan asap tebal setinggi 3,000 meter  dan turut menyebabkan berlakunya hujan abu di kawasan sekitar gunung berkenaan.

Menurut Pusat Vulkanologi Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), setakat 12 tengah hari Ahad, status letusan gunung berapi itu masih pada tahap III (Siaga) dan berkemungkinan dinaikkan ke tahap IV (Berbahaya) sekiranya keadaan bertambah serius.

Sementara itu, menurut laporan media dalam talian, letusan kembali berlaku semalam  pada  5.30 petang waktu tempatan  dan disusuli dua lagi letusan pada 5.05 pagi dan 5.45 pagi tadi.

Gunung Agung  mula meletus dan mengeluarkan asap kelabu setinggi 600 meter pada 21 November lepas.

Sementara itu agensi berita Antara melaporkan penduduk di sekitar gunung berkenaan telah diminta berpindah dan tidak dibenarkan berada di kawasan sekitar enam hingga 7.5 kilometer dari kawasan gunung berkenaan.

Menurut  Kompas dalam laporan media dalam taliannya, setakat ini belum terdapat  arahan penutupan Lapangan Terbang Antrabangsa Gusti Ngurah Rai  di Bali, namun dilaporkan sebanyak 16 penerbangan melibatkan enam syarikat penerbangan  iaitu Jetstar, KLM, Qantas dan Virgin Air   telah membatalkan penerbangan dari dan ke Bali pada Ahad.

Kementerian Perhubungan juga dilaporkan telah menetapkan 10 lapangan terbang lain iaitu Jakarta,  Makassar, Surabaya, Balikpapan, Solo, Ambon, Manado, Praya, Kupang dan Banyuwangi   sebagai alternatif kepada semua penerbangan yang mahu membatalkan penerbangan mereka ke Bali. -Bernama

Gunung Agung

Artikel Sebelum

Nasib Baik Tak Berbelit Lidah...

Artikel Berikut

Artikel Lain