suria

Budak 9 Tahun Hamil, Dirogol 10 Kali Sehari

-fotoCEN/24horas

SEORANG budak perempuan berusia sembilan tahun yang mendakwa dirogol sehingga 10 kali sehari oleh bapa tirinya mendedahkan kini sedang hamil.

Ibunya menyedari tentang kehamilan dan jenayah itu apabila melihat perut anak perempuannya membesar.

Wanita berkenaan, yang MirrorOnline memilih untuk tidak mendedahkan identitinya telah membawa anak perempuannya itu ke pusat perubatan swasta di mana pemeriksaan ultrasound mendedahkan dia hamil lima bulan.

Dia kemudian mendapati anak perempuannya telah dirogol, didakwa oleh bapa tirinya yang berusia 30 tahun.

-fotoCEN/24horas

Menurut mangsa, perbuatan itu dilakukan di rumah ketika anggota keluarga lain keluar, sehingga 10 kali sehari.

Bapa tirinya telah melarikan diri dari rumah keluarga di Ventanilla, di wilayah Callao, Peru tengah.

Sehingga kini dia tidak dapat dikesan.

Keluarga mangsa meminta undang-undang yang berat dikenakan ke atas bapa tirinya dan meminta bantuan kewangan untuk sokongan undang-undang dan psikologi yang diperlukan mereka dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Mangsa dijangka akan melahirkan bayi yang dikandungnya, kerana sudah terlambat untuk melakukan pengguguran.

Tidak diketahui bagaimana bayi itu akan dijaga apabila ia dilahirkan. -mirrorOnline

rogol, bapa tiri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain