suria

Ngurah Rai Beroperasi Semula

DENPASAR: Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali dibuka semula selepas ditutup tiga hari selepas debu yang dikeluarkan Gunung Agung kini beralih arah.

Mulai jam 3 petang Rabu, ruang udara telah kembali di buka.

Gunung Berapi Agung yang terus mengeluarkan kepulan debu memaksa pihak berkuasa Indonesia menutup lapangan terbang Bali buat hari kedua, mengakibatkan ramai pelancong terkandas dan penduduk dipaksa pindah secara besar-besaran.

Puluhan ribu penduduk telah meninggalkan rumah mereka yang terletak berhampiran gunung.

Ketika ini, dalam kalangan pakar meletakkan tahap amaran di paras tertinggi dan memaklumkan bahawa gunung terbabit boleh meletus pada bila-bila masa.

Pusat pemindahan dan juga hotel di Bali dipenuhi orang ramai dan pelancong yang mahu mendapatkan perlindungan termasuklah mereka yang terlepas penerbangan sambungan dan juga tamat tempoh visa.

Asap tebal dari gunung berapi itu sejak minggu lalu dan mula memuntahkan debu ke udara sejak beberapa hari lalu menyebabkan pesawat tidak dibenarkan terbang.

Ngurah Rai, Agung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain