BEBERAPA perenang di pantai Miami berhadapan situasi bahaya apabila kelibat seekor jerung harimau dilihat menghampiri mereka. Situasi cemas itu dirakamkan menerusi kamera drone seorang jurugambar profesional, Kenny Melendez. Bagaimanapun perenang di situ dilihat seakan tidak menyedari kehadiran jerung pemangsa nombor dua paling berbahaya tersebut.