suria

Langgar Polis Elak Bayar Denda

Paparan skrin video yang dimuatnaik di akaun Instagram @Polantasindonesia

JIKA anda tahu anda akan dikenakan denda atas alasan apa sekali pun semasa anda menghampiri sekatan lalu lintas, jangan sesekali cuba melakukan apa yang dibuat oleh pemandu teksi Blue Bird ini.

Pesanan ini jugalah yang dimuat naik di akaun Instagram rasmi Polis Trafik Indonesia yang mengingatkan masyarakatnya 'walaupun anda dikenakan hukuman dan hanya perlu membayar denda sahaja, jangan bertindak keterlaluan sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain.'

Posting tersebut turut menunjukkan video motosikal seorang pegawai polis dilanggar oleh seorang pemandu teksi Blue Bird yang cuba melarikan diri dari pos pemeriksaan lalu lintas.

Anggota polis berkenaan jatuh tetapi segera bangun untuk mengejar teksi berkenaan yang dipandu perlahan kerana lalu lintas ketika itu agak sesak.

Dalam masa sama, beberapa pegawai berkereta bertindak mengejar teksi itu, yang akhirnya dapat dihentikan dengan cara menghalang laluan di hadapannya.

Salah seorang pegawai dalam video itu menarik pemandu teksi terbabit keluar dari keretanya.

Polis tidak mendedahkan identiti pemandu tersebut atau tuduhan yang dihadapi, tetapi Blue Bird telah meminta maaf bagi pihak pekerjanya.

"Kami menyesal dengan kejadian ini dan kami menghargai para pegawai yang menanamkan disiplin lalu lintas untuk keselesaan semua pengguna jalan raya.

"Pemandu ini dikehendaki menghadiri sesi latihan mengenai standard perkhidmatan dan peraturan lalu lintas," tulis Blue Bird dalam satu kenyataan, memetik Detik.

Misalnyapun ditilang juga sanksinya cuma bayar denda, jadi jangan malah bertindak berlebihan yang bisa membahayakan diri sendiri maupun orang lain ?

A post shared by POLISI LALU LINTAS INDONESIA (@polantasindonesia) on

pemandu teksi, Blue Bird, denda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain