LONDON: Putera Harry dan aktres, Meghan Markle membuat lawatan rasmi pertama pasangan itu selepas bertunang pada Isnin lalu. Memetik laporan BBC, pasangan ini melawat pameran amal Hari Aids Sedunia di Nottingham hari ini. Acara berkenaan adalah tradisi keluarga diraja ini sejak Puteri Diana lagi. Selepas pengumuman pertunangan mereka, Putera Harry dikatakan ingin Markle membiasakan diri dengan kerja-kerja amal. Bakal berkahwin pada Mei tahun depan di Istana Windsor, Markle dikatakan tidak sabar untuk sama-sama membantu dan memberikan sokongan moral terhadap aktiviti amal yang diusahakan Putera Harry. Sejak 2013, Putera Harry meluangkan masa di Nottingham untuk bersama golongan muda dengan memberi tumpuan terhadap isu keganasan.