suria

Trump Dijangka Iktiraf Baitulmuqaddis

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) dijangka membuat pengumuman mengenai pengiktirafan AS terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.

Menurut sumber kepada CNN, pengiktirafan dari Donald Trump tersebut hanya merujuk bahagian barat Baitulmuqaddis.

Keputusan itu, kata sumber berkenaan kerana Palestin mahukan bahagian timur bandar tersebut sebagai pusat pemerintahan mereka.

Sumber CNN bagaimanapun bukanlah sesuatu yang pasti dan perkara sebenar hanya boleh diketahui Selasa depan.

"Presiden masih mempertimbangkan keputusan dan kami tiada apa-apa untuk diumumkan," kata jurucakap White House kepada CNN.

Trump, Baitulmuqaddis

Artikel Sebelum

Dipenjara Kerana 'Jeans Koyak'

Artikel Berikut

Zoo Pamer Belon Ganti Haiwan

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia