suria

Bahang Seluruh California

CALIFORNIA: Berpuluh-puluh ribu penduduk di selatan California melarikan diri berikutan kebakaran hutan yang merebak dengan kepantasan luar biasa.

Menurut laporan CNN, kekuatan angin yang tidak boleh diramal dan keadaan kering selain kurang menerima hujan sejak tiga bulan lalu menyebabkan berlakunya lima kebakaran hutan besar.

"Pihak bomba sedang berusaha sedaya upaya untuk mengawal kerosakan. operasi pemindahan penduduk sedang aktif di beberapa tempat so selatan California," kata Jabatan Bomba Ventura.

Di Los Angeles pula, 500 anggota bomba 'terkesima' selepas satu kebakaran hutan 4,000 ekar merebak menjadi 11,000 ekar hanya dalam tempoh beberapa jam.

"Kami tak tahu apa lagi yang akan berlaku," kata Datuk Bandar los Angeles, Eric Garcetti.

Di bahagian barat, satu kebakaran yang langsung tidak dikawal telah merebak sehingga 50,000 ekar dalam 19 jam.

Bepuluh-puluh kediam telah rentung di utara Ventura yang didiami lebih 100,000 penduduk.

Kebakaran yang merebak terlalu pantas memaksa pihak berkuasa mengetuk setiap pintu rumah penduduk dan menyuruh mereka berpindah, malam Isnin lalu.

Setakat ini, 150 bangunan termasuk rumah dan hopsital Ventura telah musnah.

California

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia