suria

“Saya Yakin Jadi Manusia Terhodoh Dunia”

William Masvinu

SETIAP manusia mempunyai kelemahan fizikal dan masing-masing belajar untuk menerima kelemahan tersebut. Tetapi ada juga yang tidak dapat menerima hakikat ini dan membuat pembedahan plastik.

Tetapi, seorang lalaki di Zimbabwe tenang dengan fizikalnya yang hodoh, malah berbangga apabila kehodohannya diiktiraf.

William Masvinu dari Epworth telah dinobatkan sebagai 'Mr Ugly Zimbabwe 2017' dan dia amat berbangga dengan anugerah tersebut!

Ini adalah gelaran ketiganya dan dia yakin keputusan itu tidak dapat dipertikaikan.

Masvinu secara umumnya gembira dengan 'pengiktirafan' itu tetapi kali ini lebih gembira apabila dapat merampas kembali gelaran tersebut yang diberikan kepada peserta lain tahun lepas.

Untuk menang peraduan manusia paling hodoh juga memerlukan persiapan, sama seperti pertandingan ratu cantik, dan lelaki berusia 43 tahun yang menganggur itu kini akan membuat persiapan untuk memenangi saingan 'Mr World Ugly' yang akan berlangsung di Afrika Selatan tahun depan.

Masvinu agak kecewa apabila kalah kepada Maison Sere pada 2015, membuat bantahan bahawa pesaingnya itu tidak ada apa-apa kelemahan kecuali tiada gigi.

Edisi 2016 telah dibatalkan, jadi dia terpaksa menunggu selama dua tahun untuk mendapatkan gelarannya.

Maison Sere. -fotoSt.luciannewsonline

"Kali terakhir, saya banyak tak puas hati, tetapi kali ini saya bersedia untuk pertandingan ini dan saya gembira dapat merampas semula trofi saya," katanya.

"Tiada yang boleh pertikai bahawa saya adalah orang paling buruk di Zimbabwe. Saya kini mahu membawa kehodohan saya ini di luar negara. Jika ada pertandingan Mr Ugly World, saya yakin saya akan membawa mahkota itu ke Zimbabwe."

Bagi penonton, mereka berkongsi kegembiraan itu bersama Masvinu.

Bagaimanapun menurut laporan media tempatan, timbul  cadangan untuk satu perhimpunan diadakan bagi membantah gelaran yang dimonopolinya.

Ramai juga mencadangkan dia harus dihalang daripada bertanding pada masa depan bagi memberi laluan kepada individu lain untuk menang.

-fotoSt.luciannewsonline

Tahun ini, Masvinu membawa pulang wang tunai AS$500 dan seekor lembu. Pemenang tempat kedua Fanuel Musekiwa mengumpul mendapat As$200, manakala pemenang ketiga  Maison Sere menerima AS$100.

Jika anda percaya pesaing yang hodoh mungkin memerlukan 'modal' semulajadi untuk memenangi pertandingan, Musekiwa pula tekad untuk berusaha.

"Saya akan bekerja keras dari segi penampilan dan cara saya membawa diri, datang tahun depan dan saya akan mengambil alih mahkota itu," katanya.

Artikel Sebelum

Orang Utan Pandai Selfie

Artikel Berikut

Artikel Lain