suria

Wanita Terkejut Tunang 'Menempel' Dalam Gambar Lama!

-fotoYahoo Lifestyle/VeronaKoliqi

KEBETULAN yang romantis adalah satu pengalaman berharga dalam hidup!

Verona Koliqi, yang berasal dari Kosovo tetapi tinggal di United Kingdom sedang membelek gambar-gambar lama keluarganya ditemani tunangnya, Mirand Buzaku.

Tiba-tiba Buzaku menyedari sesuatu yang aneh pada sekeping gambar Koliqi dan keluarganya yang melawat sebuah pantai di Montenegro sedekad yang lalu.

-fotoYahoo Lifestyle/VeronaKoliqi

Setelah mengkaji gambar itu yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak sedang tersenyum di pantai, rupa-rupanya seorang budak lelaki memakai baju T-putih dan berselur pendek di atas pelampung kuning di belakang kumpulan kanak-kanak berkenaan adalah Buzaku.

Koliqi memberitahu Yahoo Lifestyle bahawa dia dan tunangnya tidak menyangka budak lelaki di atas pelampung itu adalah Buzaku, yang kebetulan melawat pantai yang sama pada masa yang sama.

"Tunang saya berkata, 'Eh, saya rasa itu (gambar) saya!'. Kami berdua saling memandang dan berkata, 'tak mungkin, tak mungkin ia betul," katanya.

"Saya tak pernah tahu sesuatu seperti ini boleh berlaku, walaupun saya pernah dengar kata-kata 'anda akan bertembung pasangan anda sekurang-kurangnya sekali sebelum anda akan benar-benar bertemu'," katanya.

Walaupun takdir menentukan pasangan itu tidak berkenalan di pantai itu ketika mereka masih kanak-kanak, tetapi mereka bertembung semula di Kosovo bertahun-tahun kemudian. Pada masa itu Koliqi tinggal di London.

Mereka bertunang di Turki setahun kemudian.

Koliqi berkongsi foto zaman kanak-kanaknya yang penuh bermakna itu di Instagram awal bulan ini dan ia mendapat puluhan ribu tanda 'suka' dan beratus-ratus komen.

Ramai berpandangan bahawa foto membuktikan pasangan itu ditakdirkan untuk bersama, terdapat juga netizen yang berkongsi kisah 'kebetulan' yang berlaku pada mereka.

tunang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain