suria

Talak Tiga Kerana Hadir Perhimpunan Politik

NEW DELHI: Seorang wanita di India mendakwa suaminya melafazkan cerai dengan talak tiga hanya kerana menghadiri perhimpunan politik Perdana Menteri, Narendra Modi, lapor media Xinhua.

Menurutnya, perhimpunan tersebut berkaitan rancangan kerajaan mengharamkan cerai talak tiga di kalangan orang Islam.

"Saya menghadiri perhimpunan Modi baru-baru ini kerana kerajaan pimpinannya merancang untuk mengharamkan dan mengkriminalkan penceraian talak tiga di kalangan umat Islam.

"Bila saya pulang dari perhimpunan tersebut, suami saya kata PM tidak boleh berbuat apa-apa kepadanya dan menceraikan saya dengan talak tiga," katanya kepada media.

Bagaimanapun, suami wanita tersebut mendakwa bahawa dia menceraikan isterinya kerana wanita tersebut mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Sementara itu, kerajaan India bersedia untuk menguatkuasakan undang-undang di Parlimen untuk memenjarakan mereka yang menceraikan isteri dengan talak tiga iaitu penjara selama tiga tahun.

Mahkamah Agung India sebelum ini mewartakan amalan tersebut sebagai 'haram' namun dikatakan ia masih berlaku di India.



Modi, talak tiga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain