SEORANG budak perempuan berusia enam tahun bukan sahaja dirogol tetapi kemaluannya ditusuk dengan sebatang kayu sepanjang 10 inci di India. Doktor menjumpai kayu tersebut di dalam kemaluannya semasa bedah siasat dilakukan di Hisar, utara India. Kanak-kanak malang itu dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada Sabtu sebelum mayatnya dijumpai keesokan harinya. Ahli keluarga mangsa enggan melakukan upacara pengembumian sehingga pelaku ditemui. Menurut Dr Reetu Gupta, mangsa meninggal dunia kerana kesan tusukan tajam di alat kemaluannya. "Kami juga menjumpai beberapa kesan kecederaan di dalam usus dan rahim mangsa," katanya. Mangsa turut mengalami pendarahan di mulut dan juga tekak selain kesan lebam pada bahu dan pinggangnya.