suria

Ibu Tunggal Buat Kejutan Ratusan Hadiah Krismas

Timbunan lebih 300 hadiah yang disediakan oleh ibu tunggal buat tiga anaknya sempena Hari Krismas. Foto Emma Tapping/SWNS.com

SEORANG ibu tunggal membuat kejutan 'luar biasa' apabila menghabiskan sebanyak £2,000 (RM10,936) untuk hadiah Krismas buat tiga anaknya.

Emma Tapping, 37, sebelum ini menjadi tajuk berita pada 2015 apabila memuat naik gambar sebatang pokok krismas yang dipenuhi dengan hadiah, di Facebook.

Ketika itu dia membelanjakan £1,500 (RM8,202) untuk membeli hadian buat seorang anak lelaki dan dua anak perempuannya.

Tindakannya itu mendapatkan kecamana kerana memanjakan anak-anak dengan timbunan hadiah.

Namun tahun ini, dia kembali mencetuskan sensasi dengan menambah peruntukan untuk hadiah Mia, 15, Ella, 11, dan Tatun yang berumur tiga tahun.

Lebih 300 hadiah disediakannya dan himpunan kali ini lebih besar hampir menyamai pokok Krismasnya setinggi enam kaki.

Hanya bahagian atas pokok yang dapat dilihat dengan di bawahnya dilonggokkan dengan hadiah yang telah dibalut.

Kesemuanya untuk persiapan sempena Hari Krismas.

Dalam temuramah bagi rancangan This Morning di saluran ITV, Emma mempertahankan tindakannya membeli sejumlah besar hadiah untuk anak-anaknya.

Menurut Emma, dia bekerja keras untuk mendapatkan wangnya.

"Saya memulakannya pada Januari lalu, membeli sikit demi sikit dan akhirnya menjadi timbunan besar menjelang akhir tahun," katanya. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain