suria

12 Maut Ketika Tidur

MUMBAI: Dua belas pekerja kedai manisan yang sedang tidur di premis berkenaan maut akibat terperangkap dalam kebakaran di kawasan perindustrian di sini, pagi Isnin.

Semua mangsa menyewa ruang kecil di premis berkenaan untuk berehat.

"Majoriti yang meninggal dunia adalah pekerja warga asing," kata Ketua Bomba Mumbai, Prabhat Rahangdale.

Kebakaran bermula di tingkat bawah kedai sebelum merebak menyebabkan lantai tingkat atas runtuh.

"Punca kebakaran masih belum dapat diketahui namun penyelenggaran yang lemah dan tiada langkah keselamatan menjadi sebab utama. Siasatan sudah pun dimulakan," kata pegawai tersebut.

Pada Disember lalu, enam terbunuh dalam kebakaran yang serupa di tapak pembinaan Mumbai serta mencederakan beberapa yang lain.- Reuters


Prabhat, Mumbai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain