suria

Ikan 'Gigi Manusia' Ditemui

-foto Twitter Roman Fedortsov

BEBERAPA gambar aneh makhluk bawah air berjaya dirakamkan oleh seorang nelayan Rusia.

Gambar-gambar tersebut yang dimuat naik di Twitter oleh Roman Fedortsov yang berpangkalan di Murmansk mendedahkan sebilangan penemuan ikan besar, aneh dan menyeramkan termasuklah yang mempunyai gigi seperti manusia.

Fedortsov, yang mempunyai lebih daripada 129,000 pengikut di media sosial bekerja sebagai pelaut dan penangkap ikan di Laut Barents, Rusia, lapor Daily Mail.

Pada beberapa gambar yang sangat menyeramkan, dia telah mengeluarkan amaran dalam kapsyennya.

Dalam satu gambar ikan yang tidak dikenali dengan gigi besar dan berdarah dia menulis: "Pada saat ini saya harap kamu tidak makan."

Sains Alert melaporkan bahawa manusia setakat ini melihat kurang dari 0.05 peratus hidupan di lautan dunia, tempat yang sebenarnya penuh dengan makhluk dan hidupan.

Dengan erti kata lain, manusia hanya meneroka satu kawasan bersaiz pulau Tasmania.

Makhluk-makhluk aneh dipercayai hidup dalam 'zon senja' di lautan juga dikenali sebagai Mesopelagik - yang meliputi kedalaman 200 hingga 1,000 meter di bawah permukaan.

Di bawah kedalaman zon tersebut adalah zon 'bathyal' di mana terdapat sifar cahaya matahari, dengan kedalaman kira-kira 1,000 hingga 4,000 meter.

Gambar-gambar yang turut dikongsi termasuklah jerung bergigi kasar yang jarang ditemui dan digelar 'fosil hidup' kerana ciri primitifnya.

Gambar 'ikan serigala' dan ikan berjanggut yang paling jarang ditemui di dunia juga telah dikongsi.

Fedortsov menangkap ikan dan mula berkongsi penemuannya yang luar biasa pada 2016, lapor Moscow Times.

ikan aneh, Roman Fedortsov

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain