suria

FB Digantung Selepas 'Posting' Isteri Sakit Kanser

-foto FB Elliott Lowe

SEORANG suami bingung apabila akaun Facebooknya digantung selepas menyiarkan gambar isterinya yang sedang bertarung menentang kanser.

Elliott Lowe, 42, dari Emerson Valley, Milton Keynes, memuat naik gambar Donna di laman sosialnya untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser serviks.

Dia dengan rasa sedih mendedahkan bahawa isterinya telah menunda ujian smear terakhirnya dan meminta wanita lain supaya tidak membuat kesilapan yang sama.

Ibu kepada empat anak itu meninggal dunia pada Ogos, kurang dari lapan bulan selepas dia didiagnosis penyakit tersebut.

Gambar-gambar Lowe telah dikongsikan beribu-ribu kali, tetapi kini dia berkata postingnya itu telah hilang dan bingung akaunnya telah disekat.

-foto FB Elliott Lowe

Dia memberitahu Mirror Online bahawa dia mendapat tahu bahawa laman itu telah digantung disebabkan 'aktiviti luar biasa berkaitan prosedur keselamatan'.

Dia percaya jumlah trafik yang luar biasa ke laman web ini mungkin mencetuskan amaran keselamatan di Facebook.

"Saya telah diminta memberikan gambar saya untuk mengesahkan identiti saya, yang mana telah saya lakukan," katanya.

"Saya tidak dapat menghubungi mereka dalam sebarang format untuk mengaktifkan semula akaun saya.

"Saya sangat kecewa dengan cara Facebook menangani situasi ini dan kurangnya komunikasi."

Pasangan itu dimaklumkan tentang penyakit ini Krismas lalu apabila doktor mendiagnosisnya dengan kanser serviks.

Menjelang bulan Januari, kanser telah merebak ke nodus limfa di pinggul Donna, memaksa dia menjalani radioterapi setiap hari selama enam minggu.

Malangnya Donna tidak dapat lagi menanggung deritanya dan meninggal dunia di Hospital Willens di Milton Keynes pada usia 32 tahun.

Posting Lowe mengenai isterinya telah dikongsi 20,000 kali.

Donna meninggal dunia di pangkuan suaminya, dikelilingi oleh empat anaknya, ibunya, kakak dan abangnya.

kanser serviks, FB disekat

Artikel Lain