PRESIDEN Parti Kongres yang baru dilantik, Rahul Gandhi rupanya memiliki ramai peminat. Ada yang meminati kuasa politiknya, malahan ada juga yang jatuh hati pada rupa parasnya. Jangan terkejut kerana peminatnya ada yang mencecah usia 107 tahun. Wanita dari Bengaluru itu baru menyambut hari lahirnya dan satu-satunya permintaannya adalah untuk bertemu Rahul. Apabila ditanya kenapa itu yang menjadi hasratnya pada hari lahirnya, jawabnya ringkas:"Kerana dia kacak! Malahan Twitted antara cucunya serta Rahul telah menjadi tular baru-baru ini. Pada 25 Disember lalu, Dipali Sikand tweet Rahul memberitahu neneknya yang menyambut hari lahir ke-107 berhasrat menemuinya. "Hari ini, nenek saya menyambut hari lahir ke-107. Hajat tunggalnya dalah untuk bertemu @OfficeOfRG Rahul Gandhi! Saya tanya dia kenapa? Bisiknya pada saya....dia kacak!" demikian tulis cucu Dipali. Dalam masa kira-kira sejam, Rahul membalasnya dengan mengucapkan selamat hari lahir dan Krismas kepada Dipali. Rahul juga meminta cucunya memeluk Dipali bagi pihaknya.