MADRID, SEPANYOL: Penumpang penerbangan Ryanair yang terbang dari London ke Malaga, di selatan Sepanyol nampaknya sudah terlalu bosan menunggu di dalam pesawat ketika pesawat itu sudahpun tiba di destinasi. Dia dengan tiba-tiba keluar dari pesawat dan duduk di atas sayap pesawat tersebut, menurut seorang saksi dan syarikat penerbangan itu pada Rabu. "Kami menunggu hampir setengah jam untuk keluar daripada kapal terbang. "Lelaki itu dengan tenangnya berjalan ke arah pintu kecemasan, membuka pintu, memandang ke arah luar, patah balik untuk mengambil begnya dan keluar ke sayap kapal terbang," kata seorang penumpang, Fernando del Valle kepada AFP tentang insiden yang berlaku pada petang Isnin itu. Rakaman menunjukkan seorang lelaki duduk di atas sayap pesawat Ryanair bagi penerbangan dari London ke Malaga. - AFP Del Valle sempat merakamkan insiden pelik itu dan memuat naik di laman Facebook miliknya. Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berjalan di atas sayap pesawat, meletakkan beg galas di bawah dan kemudian duduk bersebelahan begnya. Lelaki itu yang identitinya belum didedahkan ditahan dengan segera, kata Ryanair dalam satu kenyataan. Seorang jurucakap polis Guardia Civil Sepanyol berkata, kapten pesawat tersebut meminta pihaknya untuk masuk campur dan lelaki tersebut akhirnya dibawa bertemu pihak berkuasa keselamatan udara sejurus kejadian itu. - NDTV