suria

Bakal Pengantin Diraja Menghitung Hari

BAKAL pengantin diraja, Meghan Markle sedang merancang majlis sarapan bersama sahabat karibnya sebelum berkahwin dengan Putera Harry, Mac ini.

Perancang acara, Table Talk telah dihubungi untuk membantunya menjadi hos majlis sarapan bakal pengantin.

Majlis seumpama ini sesuatu yang biasa dilakukan di Amerika Syarikat, terutama melibatkan tetamu yang datang dari jauh untuk menghadiri hari bersejarah itu.

Bakal pengantin akan memakai baju putih dan beramah mesra dengan teman-teman  sambil menikmati sarapan yang disediakan sehari sebelum majlis perkahwinan.

Table Talk juga menjadi katerer ketika perkahwinan Pippa Middleton dengan jutawan, James Matthews tahun lalu.

Sementara, Meghan telah kembali ke Los Angeles selepas pengumuman pertunangannya dibuat dan dilihat berkunjung ke butik pereka fesyen terkemuka, Vera Wang.

Meghan Markle, Table Talk

Artikel Sebelum

Comel! Tak Sampai Hati Nak Minum

Artikel Berikut

Artikel Lain