SEJAK mengumumkan pembabitannya dalam politik, Rajinikanth mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukannya menggunakan kelab peminatnya selama 30 tahun dalam bidang lakonan. "Saya tidak mahu kedudukan, tetapi berdasarkan situasi sekarang tadbir urus kerajaan perlu diperbaiki. "Langkah pertama adalah dengan mengukuhkan kelab peminat," katanya ketika berucap di hadapan penyokong baru-baru ini. Ia sesuatu yang dinantikan pelakon berusia 67 tahun ini sejak berpuluh tahun menyokong pembabitan Rajinikanth dalam bidang lakonan. Susulan itu laman web, Rajinimandram dilancarkan bersama aplikasi khusus untuk membolehkan peminat aktor terkemuka India itu mendaftar menggunakan kad pengenalan pengundi masing-masing. Sejak itu juga pelayan web berkenaan sentiasa sesak dengan cubaan ribuan peminatnya yang cuba log masuk hanya beberapa jam sebaik ia dilancarkan. Setakat ini, lebih 50,000 peminat Rajinikanth masih belum mendaftar sebagai ahli dan menerusi laman web ini ia diharap dapat menempatkan mereka di bawah satu bumbung.