suria

Anak Menangis, Keluarga Miskin Dipaksa Turun Bas

PEKERJA perkhidmatan bus antara wilayah didenda dan mungkin dikenakan tindakan lanjut kerana memaksa sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka turun daripada kenderaan itu pada lewat malam.

Puncanya kerana salah seorang kanak-kanak dari keluarga miskin itu yang berusia dua tahun menangis terlalu kuat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Sanit Promwong memberitahu Thairath Online, pemandu bas dan attendan didenda 5,000 baht.

Katanya, mereka telah menyinggung perasaan penumpang berkenaan dan melanggar undang-undang pengangkutan darat.

Keluarga yang dalam perjalanan dari Bangkok ke Kok Samui itu menggunakan perkhidmatan bas negeri, Transport Co.

Mereka telah diarahkan supaya turun dari bas itu di daerah Cha-am, wilayah Phetchaburi pada lewat malam Ahad.

Tindakan disiplin selanjutnya sedang dipertimbangkan dan keluarga terlibat akan diberi pampasan kerana terpaksa menanggung kos tambahan untuk penginapan dan mendapatkan pengangkutan seterusnya bagi sampai ke destinasi.

Menurut atendan bas itu, Wanchai Kaeocharoen, keluarga itu diarah turun selepas anak mereka menangis berterusan hingga mengganggu pemandu dan penumpang lain termasuk pelancong asing.

Bas berkenaan berhenti di sebuah stesen minyak yang berdekatan sebuah hotel dan meminta empat beranak itu turun.

Mongkol Thongboran, bapa kepada dua kanak-kanak itu berkata, keluarganya dari wilayah Prachin Buri dan dalam perjalanan ke Koh Samui di wilayah Surat Thani untuk bekerja.

Ketika kejadian, mereka membawa empat beg dan dua anak, selain membawa 500 baht. Selepas membayar untuk penginapan pada malam itu, baki wangnya hanya 25 baht hingga menyebabkan dia terpaksa meminta ahli keluargannya memindahkan wang ke akaun banknya supaya mereka dapat meneruskan perjalanan ke Koh Samui.

Katanya, anaknya menangis kira-kira 30 minit dan dia telah menjelaskan kepada pelancong asing itu mengenai anaknya yang takut kerana pertama kali menaiki bas.-BangkokPost





Sanit, Koh Samui

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ketul Ais Jadi Istana

Artikel Lain