suria

Video Lelaki Makan Telur Kerengga 'Segar Dari Sarang' Jadi Fenomena

Video lelaki Laos ini makan telur kerengga mendapat lebih 5 juta tontonan.

SEORANG bintang Facebook dari Laos yang mempunyai ramai pengikut dari Thailand telah mencetuskan kekecohan di laman sosial dengan video hidangannya yang terkini.

Rupa-rupanya, inilah cara untuk orang Laos mendapatkan banyak protein!

Personaliti internet yang dikenali sebagai Bualai ini menunjukkan bagaimana dia memasak telur kerengga, yang merupakan makanan istimewa di Laos dan timur laut Thailand.

Video tersebut telah dilihat lebih 5 juta kali sejak ia dimuat naik.

Pertama sekali, dia memasukkan udang kering, basil, padi panggang, rempah dan tidak dilupakan, sos buatan sendirinya, di dalam mangkuk.

Dia kemudian menggaul semua bahan tersebut dan terus mengambil telur kerengga dari sarang haiwan itu yang sedang tergantung di pokok.

"Ini sangat hebat! Banyak telur!," katanya yang bercakap dalam bahasa Thai dan Laos, sambil menyapu kerengga di tangan dan badannya.

Bualai juga terpaksa membuka bajunya kerana dipenuhi kerengga tetapi kemudian kembali ke pokok itu. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk makan telur kerengga itu.

"Zap e-lee!," katanya pada akhir video, yang bermaksud 'sangat lazat' dalam dialek Isaan, Thai.

Ini bukan kali pertama Bualai menunjukkan tentang makanan dan cara hidup masyarakat di Laos. Dia juga pernah merakamkan video bagaimana dia membuat somtam.

Bualai mempunyai lebih daripada 300,000 pengikut. Dia terkenal kerana mempamerkan gaya hidup orang luar bandar dan makanan kegemaran etniknya.

telur kerengga, makanan Laos, Bualai

Artikel Sebelum

Enam Cedera Nahas Belon Udara

Artikel Berikut

Artikel Lain