suria

Bekas Kekasih Putera Harry Salah Seorang Tetamu Majlis Perkahwinan

Putera Harry dan tunangnya Meghan Markle.

PUTERA Harry dan Meghan Markle bakal melangsungkan perkahwinan pada Mei ini dan senarai tetamu untuk majlis mereka termasuklah bekas kekasih Harry.

Pasangan ini dijangka akan mengundang salah seorang daripada bekas teman wanita Harry, Chelsy Davy!

"Kedua-dua mereka akan melihat senarai itu dengan teliti," satu sumber memberitahu Us Weekly.

"Jangan berharap untuk melihat Cressida Bonas dijemput, mereka sudah tidak berkawan, tetapi jangan terkejut jika Chelsy muncul."

Orang dalam itu menambah: "Dia telah mengucapkan tahniah kepadanya ketika berita pertunangan diumumkan. Meghan tidak mempunyai masalah jika dia berada di sana dan Chelsy berada dalam senarai awal kawan untuk dijemput."

Harry dan Davy menjalinkan hubungan selama tujuh tahun.

Harry dan Davy berkawan dari 2004 hingga 2011, menjadikan ia hubungan cinta Harry yang paling lama.

Dia juga membawa wanita berambut ‘blonde’ itu sebagai teman ketika perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada tahun 2011.

Bercakap kemudian tentang hubungan mereka, Davy berkata: "Ia begitu penuh dengan kegilaan, dan rasa takut, dan tidak selesa. Saya rasa ia sangat sukar apabila situasi buruk, saya tidak dapat menahannya. Saya rasa kami sentiasa sesuai menjadi kawan baik."

Dia dikaitkan dengan orang lain selepas itu, tetapi hubungan seriusnya yang seterusnya adalah dengan Bonas, seorang pelakon.

Mereka menjalinkan hubungan selama dua tahun dari tahun 2012 hingga 2014.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan BBC Woman’s Hour, Bonas, yang juga model berbakat bercakap tentang kekecewaannya kerana sebagai 'bekas teman wanita Harry’ hidupnya terkongkong.

"Saya fikir ia mengenai ketidakbebasan, terutamanya di negara ini, saya rasa orang ramai sangat cepat meletakkan anda di suatu keadaan dan berfikir, 'Oh, kamu begitu, jadi kamu mesti begitu," jelasnya.

"Ia sangat mengecewakan, terutamanya dalam industri di mana saya berada. Tetapi anda tahu, itulah yang berlaku." -nowtolove


Putera Harry, bekas kekasih

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain