SEORANG penyelia keselamatan mendakwa dia tidak dibenarkan menaiki bas hanya kerana membawa minuman kopi. Joe Connor, 31, berkata, dia malu apabila mendakwa pemandu menjerit kepadanya dan malah mengancam untuk menghubungi polis sekiranya dia duduk di dalam bas. Menurut Connor, pemandu itu mematikan enjin bas dan enggan meneruskan perjalanan selagi dia tidak keluar dari kenderaan itu atau membuang minuman berkenaan. Dia kemudian memutuskan untuk keluar dari bas berkenaan. ya sehingga dia sama ada meninggalkan bas atau mengeluarkan minuman itu. Dia berkata dia memutuskan untuk meninggalkan kenderaan itu. Kejadian berlaku di Old Swan, Liverpool pada Khamis. Sementara itu, syarikat bas Arriva memberitahu, ia telah memohon maaf kepada Connor tetapi pemandu mempunyai hak untuk meminta penumpang untuk keluar dari kenderaan awam itu sekiranya mereka dianggap sebagai risiko kesihatan dan keselamatan.