suria

Kate Middleton Rancang Lahir Anak Ketiga Di Rumah

Putera William dan Kate Middleton memegang bayi kedua mereka, Puteri Charlotte selepas keluar dari Lindo Wing, Hospital St Mary, London pada 2 Mei 2015. -fotoAFP

DUCHESS of Cambridge yang sedang hamil dilaporkan mempertimbangkan untuk melahirkan anak ketiganya dengan selesa di rumahnya sendiri.

Menurut The Express, Kate dilaporkan memberitahu rakan-rakannya bahawa dia berminat untuk melahirkan bayi ketiganya sama ada di Istana Kensington di London atau di Anmer Hall di Norfolk.

Kate melahirkan anak sulungnya, Putera George dan Puteri Charlotte di Lindo Wing Hospital St Mary, Paddington.

Walaupun kedua-dua kelahiran itu mudah dan berjalan lancar, kerabat diraja dikatakan mahu mengelak daripada kekacauan media.

Sumber kerabat di London memberitahu akhbar itu: "Catherine beritahu dia tidak bermasalah melahirkan bayi di rumah. Dia telah berbincang dengan William dan suaminya memberikan sokongan.

"Mereka berdua bersetuju bahawa kelahiran di rumah dapat mengelak daripada liputan besar-besaran beberapa hari sebelum bayi dilahirkan di hospital."

Jika Kate memutuskan untuk meneruskan idea itu, ia bukanlah kali pertama berlaku dalam keluarga diraja.

Ratu dilahirkan di rumah datuknya di 17 Bruton Street, Mayfair.

Ratu juga melahirkan anaknya, Charles, Andrew dan Edward di Istana Buckingham, sementara Puteri Anne dilahirkan di Clarence House, yang kini menjadi kediaman Charles dan Camilla.

Walaupun kedua-dua kelahiran Kate tidak bermasalah, dia berdepan alahan teruk.

Kate terpaksa berhenti sementara daripada tugas-tugasnya pada Ogos, ketika dia mengumumkan kehamilannya yang ketiga, malah tidak dapat bersama ketika hari pertama persekolahan George pada September kerana keadaannya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain