suria

Budak Tergemuk Di Dunia Dah Kurus Sikit, Boleh Berjalan!

Arya Permana tidak mampu berjalan dua tahun lalu. -fotoCaters

DUA tahun lalu, Arya Permana, 10, mempunyai masalah obesiti.

Dengan berat badan 192kg, kanak-kanak Indonesia ini hanya mampu duduk di katilnya dan tidak dapat pergi ke sekolah atau memakai pakaian yang sesuai.

Saiznya meningkat pada kadar tidak normal tetapi ibu bapanya atau doktor pada mulanya melihat tiada masalah dengan berat badannya.

-foto Caters

Menurut Mirror, Arya akan makan lima kali sehari dan akan mengambil makanan untuk dua orang dewasa.

Makanannya termasuklah nasi, kari ikan, daging lembu, sup sayur dan tempe, tetapi lama-kelamaan ibunya, Rokayah tidak tahan dengan diet anaknya itu.

The Mirror memetik ibunya sebagai berkata:

"Dia sentiasa lapar dan mempunyai nafsu makan yang sangat besar.

"Dia selalu letih dan mengeluh sesak nafas.

"Dia hanya makan dan tidur. Tidak ada kesakitan yang lain bagi seorang ibu selain melihat penderitaan anak sendiri.

"Tiada ibu yang mahu menghalang anaknya makan, tetapi saya terpaksa kerana saya sudah tidak berdaya.

"Kami tidak mempunyai wang untuk berjumpa doktor dan telah menghabiskan semua simpanan untuk memberinya makan," katanya.

-foto Caters

Pada tahun 2016 berat badan kanak-kanak ini menjadi tajuk utama di seluruh dunia dan dipaparkan dalam video oleh Barcroft TV.

Selepas kisahnya diketahui pakar-pakar di seluruh dunia mereka cuba membantu.

Sekarang, dua tahun kemudian Arya berada dalam keadaan yang lebih sihat setelah berjaya turun 76.2kg.

Dia bermain bola sepak dan badminton, berlari 2km sehari, berjalan ke sekolah dan mengamalkan diet yang ketat dengan makan buah dan sayuran segar, empat sudu nasi dan susu diet.

Ketika menjalani pembedahan. -foto Barcroft

Peralihan itu berlaku atas nasihat ahli diet dan pembedahan bariatric, yang dijalankan April lepas.

Pembedahan itu membantunya turun 19kg hanya dalam masa tiga minggu. Perubahan dramatik ini bermakna dia tidak boleh mengambil karbohidrat atau gula.

Perubahan Arya menggembirakan ibunya yang dapat melihat anaknya membesar secara normal dan aktif.

Artikel Lain