suria

Kereta 'Muka Dua' Dirampas Sebab Langgar Peraturan Jalan Raya

BANDUNG: Impian seorang mekanik berusia 71 tahun di Indonesia lebur apabila pihak polis menarik kereta 'muka dua' yang dimilikinya, lapor portal berita tempatan, Merdeka pada Sabtu.

Roni Gunawan dari Bandung berkata, dia selalu berimpian untuk memiliki kereta seperti itu.

Menurut laporan tersebut, Roni mencapai impiannya dengan mengimpal bahagian hadapan dua kereta jenama Toyota Vios menjadi satu.

Katanya, dia mengambil masa selama tiga bulan dan melibatkan tiga tukang kimpal, tiga tukang cat serta beberapa mekanik untuk menyiapkan kereta tersebut.

Rakaman video yang dimuat naik di laman sosial oleh orang awam menunjukkan kereta unik itu boleh berfungsi dengan baik.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan telah merampas kenderaan tersebut dengan alasan ia melanggar peraturan keselamatan jalan raya. - Channel News Asia

kereta pelik

Artikel Sebelum

Pengasas Ikea Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain