suria

Bayi Malang Mangsa Nafsu Sepupu 28 Tahun

BAYI berusia lapan bulan berdepan nasib malang apabila didakwa menjadi mangsa rogol sepupunya yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

Kejadian di Netaji Subhash Place, barat laut Delhi ini mendorong pihak polis segera bertindak.

Suspek berusia 28 tahun telah ditahan.

Menurut pegawai kanan polis, kebiasaannya bayi perempuan itu dijaga kakak ipar kepada ibu bapa bayi berkenaan.

Bagaimanapun, pada hari kejadian Ahad lalu, anak lelaki penjaga bayi malang itu ada di rumah.

Lelaki itu yang juga sepupu bayi berkenaan telah mengambil kesempatan ketika ibunya tiada di rumah untuk melepaskan nafsunya terhadap bayi itu.

Apabila ibu mangsa pulang dari kerja pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari, dia mendapati ada kesan darah pada baju bayi berkenaan dan segera memaklumkan suaminya.

Bayi itu kemudiannya dibawa ke hospital dan pemeriksaan mendapati dia menjadi mangsa penderaan seksual, kata polis.

Sebaik disahkan pihak perubatan, polis merekodkan kes berkenaan dan menjalankan siasatan hingga membawa kepada penahanan suspek.

Bayi berkenaan telah menjalani pembedahan dan keadaannya dilaporkan stabil.-KhallejTimes


Netaji Subhash Place, rogol

Artikel Sebelum

Artikel Lain