SEORANG wanita ditangkap selepas didakwa memotong zakar teman lelakinya. Tindakan itu berlaku selepas dia dikatakan cemburu apabila kekasihnya memuji wanita lain. Zhanna Nurzhanova, 36, sangat marah kerana teman lelakinya menghantar gambar wanita lain kepada kakaknya melalui telefon pintar. Lelaki itu, yang belum dinamakan, telah memberikan komen tentang penampilan wanita berkenaan, yang digambarkan sebagai seorang kenalan. Nurzhanova dituduh memberikan pil tidur kepada teman secara rahsia di bandar Astana, ibukota Kazakhstan. Wanita itu, yang bekerja di salon kecantikan, kemudian didakwa menyuntik anestetik dan memotong zakarnya. Nurzhanova dikatakan telah membawanya ke hospital tempatan untuk dirawat, di mana doktor bertindak menelefon polis dan dia ditangkap. Pakar bedah cuba menyambung semula kemaluannya yang terputus tetapi ia dilaporkan sangat teruk. Menurut laporan tempatan, Nurzhanova berdepan hukuman penjara tiga hingga enam tahun jika disabitkan kesalahan. -mirrorUK