suria

Jika Dah Puas Melancong Di Darat, Apa Kata Cuba Pakej Mewah Rusia

MOSCOW: Rusia bakal menawarkan pakej percutian selama 10 hari di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dengan kos mencecah kira-kira AS$100 juta (RM388 juta).

Bagaimanapun, syarikat angkasa Rusia, Energia mungkin mempertimbangkan untuk memberi tawaran istimewa kepada pelancong pertama.

Ketua syarikat Energia, Vladimir Solntsev berkata, pihaknya juga dalam proses perbincangan untuk memberi peluang kepada pelancong berjalan di angkasa.

"Pelancong dapat berjalan di angkasa dan membuat filem atau klip video," katanya.

Berdasarkan pemerhatian, penganalisis pasaran mengesahkan golongan kaya sedia membayar wang untuk pakej melancong tersebut.

Difahamkan, Energia yang terlibat ketika pelancaran manusia pertama ke angkasa lepas, Yuri Gagarin pada 1961 sedang membangunkan modul baharu, NEM-2 untuk membawa pelancong ke ISS.

NEM-2 yang bakal dilancarkan pada 2019 itu, boleh memuatkan sehingga enam penumpang dalam satu masa selain dilengkapi kabin, dua tandas dan akses internet.

ISS, Rusia, Energia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain