THE Duchess of York akan dijemput ke majlis perkahwinan Putera Harry, tetapi kehadirannya menyebabkan semua di belakang tabir 'pening kepala'. Cerita yang timbul mendakwa bekas isteri Putera Andrew itu tidak termasuk dalam senarai tetamu telah dinafikan oleh sumber. Tetapi mailOnline difahamkan bahawa Sarah Ferguson, ibu kepada sepupu Harry, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie hanya dijemput selepas Harry berjuang untuk dia hadir. Satu pilihan yang dibincangkan adalah menjemputnya hanya untuk majlis petang, namun sumber menegaskan bahawa Harry tetap mahu dia hadir pada majlis resepsinya. Pembantu diraja berkata: "Harry tetap dengan pendiriannya. Dia mahu makciknya ada bersama dan dia akan hadir." Satu lagi sumber menambah: "Sebarang cadangan bahawa dia tidak akan hadir adalah tidak benar." Putera Charles dan Putera Philip dengan jelas menyatakan mereka tidak mahu Ferguson hadir ke perkahwinan Harry dan Meghan Markle di Istana Windsor pada 19 Mei. Pendirian mereka itu adalah susulan insiden memalukan melibatkan Ferguson, 58, menyebabkan dia dan Putera Andrew berpisah pada tahun 1996. Sarah Ferguson (tengah) bersama Puteri Beatrice (kiri) dan Puteri Eugenie. Seorang sumber berkata: "Istana Buckingham dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak mahu Duchess of York hadir. "Walaupun bukan majlis negara, perkahwinan Putera Harry masih merupakan peristiwa berprofil tinggi yang akan dihadiri oleh kerabat diraja, dipimpin oleh Ratu. Orang-orang di istana menegaskan bahawa wanita itu tidak patut dijemput untuk menyertai mereka dan terdapat perbincangan panjang tentang isu itu. "Memang setiap perkahwinan akan timbul isu siapa yang akan diundang dan kali ini timbul masalah 'makcik yang menjengkelkan'. "Ia telah menyebabkan mereka di Istana Buckingham dan Kensington 'sakit kepala'. Ketika Duke dan Duchess of Cambridge berkahwin pada tahun 2011, Ferguson tidak hadir dan menghabiskan masanya di sebuah spa di Thailand. Tetapi menurut sumber, Harry, yang rapat dengan sepupunya, terutamanya Eugenie, yang juga akan berkahwin di Windsor pada Oktober tetap mahu dia hadir dan menyaksikan dia berjalan di lorong. Harry dikatakan terus berhubung dengan Ferguson yang dikenali sebagai Fergie, selama bertahun-tahun, dan sebelum ini bercuti di chalet ski Swiss yang dibelinya dengan anggaran harga £13 juta dengan bekas suaminya. "Dia benar-benar, 100 peratus mahu dia hadir dan telah memberitahu para pegawai istana," kata sumber itu. Menjemputnya hanya untuk acara petang, yang mungkin diadakan di Frogmore House dilihat sebagai pilihan yang mungkin. Majlis ini dibuat untuk menampung tetamu yang ramai dengan rakan kepada pasangan itu juga ramai. Andrew dan Ferguson bercerai pada tahun 1996 selepas gambar-gambar dengan penasihat kewangannya, John Bryan, disiarkan. -mailOnline