suria

Simpati Kafe Tak Laku, Model Seksi Hanya Pakai Apron Jadi Pelayan

VIDEO tular seorang model Thai yang menjadi pelayan di sebuah kedai kopi dengan hanya memakai apron memberi alasan tindakannya itu bertujuan untuk membantu pemilik kedai.

Model berkenaan yang dikenal pasti sebagai Arisa Suwannawong dan berpengkalan di Pattaya sangat terkenal di internet gara-gara 'aset'nya.

Dalam video tersebut, Suwannawong atau lebih dikenali sebagai Jaenae dilihat bercakap sambil mempromosikan Nina Coffee Shop yang terletak di daerah Sattahip, Chonburi.

"Saya berada di Nina Coffee Shop. Kopinya sangat lazat. Keknya sangat sedap. Mereka menggunakan banyak susu," kata Janae dalam video itu.

Jika benar kedai itu sengaja mencari perhatian dengan video tersebut, ia nampaknya berjaya kerana ia telah ditonton lebih dari 1.1 juta kali.

Beberapa gambar rakannya, Ming, juga telah mendapat perhatian beberapa media antarabangsa.

Dalam gambar-gambar tersebut, Ming juga hanya memakai apron, melayan pelanggan lelaki. Dia tidak menjawab permintaan untuk mendapatkan komen.

Jaenae, yang mempunyai lebih daripada 365,000 pengikut Facebook, memberitahu Coconuts bahawa dia dan Ming membuat rakaman itu secara percuma dan ia adalah idea mereka sendiri.

Dia mendakwa, mereka singgah di kedai kopi berkenaan selepas sesi fotografi seksi di Rayong dan berasa simpati melihat kafe tersebut tidak mempunyai ramai pelanggan.

"Saya bercakap dengan pemiliknya dan dia beritahu kedai kopinya tak ramai pelanggan kerana terletak jauh dari bandar, jadi saya tawarkan diri untuk rakam video dan dia boleh berkongsinya di internet. Ming berposing untuk foto," jelas Jaenae.

"Saya tidak dibayar sama sekali. Saya baru balik dari sesi penggambaran, sebab itu saya memakai baju seksi," katanya.

Jaenae, sering menjadi model pakaian seksi dan model komersial berkata dia dikecam kerana video itu, yang disangka hanya akan dikongsi dalam kumpulan chat.

"Sesetengah orang berpendapat ini bukan kreatif, tetapi hanya strategi pemasaran. Tolong jangan marah saya. Saya ingin memohon maaf kepada masyarakat," katanya.

Polis berkata pemilik kafe, yang dikenal pasti sebagai Prasong Runnakorn tampil memberi keterangan dan akan dikenakan pertuduhan memuat naik bahan lucah ke dalam sistem komputer yang boleh diakses secara umum.

"Pemiliknya berkata dia tak tahu dan mengaku ia adalah cara untuk mempromosikan kedai kopinya yang baru dibuka Selasa lalu. Dia tidak tahu tindakannya itu salah di sisi undang-undang, kerana model dalam foto itu tidak sepenuhnya berbogel," katanya memetik Coconuts.

Prasong menghadapi hukuman berat, kata pegawai itu, termasuk hukuman penjara tiga hingga lima tahun dan/ atau denda THB100,000.

Kes ini akan dikemukakan kepada pendakwa raya.

model apron, promosi kafe

Artikel Lain