PENGUNJUNG sebuah premis kurang selesa apabila papan seterika dan tempat penyangkut baju dipamerkan sebagai barangan yang dijual sempena Hari Memperingati Kekasih minggu depan. Penuntut Universiti Bangor, Elliott Caines sedang meninjau sekitar kedai itu apabila terlihat barangan yang dianggap tidak sesuai sebagai hadiah sempena hari berkenaan. Menggunakan kameranya, pelajar berusia 20 tahun itu mengambil visual barangan yang sepatutnya dihadiahkan pada hari istimewa untuk menghargai insan disayangi seperti coklat dan mainan yang boleh dipeluk seperti teddy bear. Caines kemudiannya memuat naik klip visual itu menerusi akaun Twitternya dan turut memaklumkan pengusaha pasaraya itu dengan catatan, "seksis sangat". Pengusaha premis di utara Wales itu menjelaskan pihaknya tidak pasti bagaimana produk itu dipamerkan di bahagian berkenaan. Pemuda itu juga memberitahu Mirror Online: "Sejujurnya tidak ramai pengunjung premis itu yang sedar kewujudan barangan berkenaan kerana kedudukannya yang akan tersorok. "Saya anggap agak kelakar apabila item seperti itu dijadikan antara barangan untuk hari untuk orang yang kita sayang."