SEORANG lelaki yang mencuri kereta seorang wanita di luar pasaraya Walmart di Menneapolis, Amerika Syarikat pada Isnin lalu telah menghubungi pemilik kenderaan tersebut kerana dia gagal menghidupkan kereta itu. Wilson. Aduan dibuat kepada Mahkamah Daerah Stearns dan dilaporkan bahawa pemilik kenderaan terbabit memberitahu polis, dia menghidupkan enjin keretanya secara auto dari dalam pasaraya berkenaan untuk memanaskannya, namun terkejut apabila melihat keretanya itu hilang. Kereta tersebut akhirnya ditemui di Isle kira-kira sejam kemudian bersama seorang suspek dari Sauk Centre. Rakaman video di Walmart menunjukkan lelaki tersebut melarikan kereta itu pada pukul 8.35 malam. Menurut laporan polis, identiti suspek dikenal pasti oleh polis sebagai Edward Leroy Wilson. - USA Today