suria

Aksi Robot Manusia Meriahkan Saingan Ski Pertama Dunia

HOENGSEONG: "Skiro mempamerkan persembahan menakjubkan pada pusingan pertama apabila melintasi pagar merah dengan gayanya. Malahan, ia dapat membelok ke kanan pada tahap kelajuan yang tinggi."

Walaupun ia bagaikan kata-kata pengulas sukan, namun pengacara sebenarnya sedang mengendalikan kejohanan ski yang nyata berbeza kerana ia pertandingan ski robot manusia pertama dunia.

Acara yang julung kali diadakan ini dianjurkan Korea Selatan sebagai sebahagian Olimpik Musim Sejuk PyeongChang.

Pada Isnin, lapan robot manusia yang dihasilkan syarikat teknologi tempatan dan universiti berkumpul untuk acara ski tanah tinggi di pusat peranginan ski Hoengseong berdekatan lokasi penganjuran Olimpik Musim Sejuk di wilayah Gangwon.



Setiap kali ia melepasi pagar marah, satu markah akan diberi dan robot itu dinilai berdasarkan jumlah markah yang diterima, selain tempoh masa apabila tiba di garisan penamat.

Tiga pusingan ditetapkan iaitu pada 10 pagi, 11 pagi dan 2 petang di mana persembahan terbaik akan diambil kira.

Bagaimanapun, cuaca sejuk melampau dan angin kencang, kebanyakan robot manusia yang menyertai pertandingan itu gagal berfungsi, malah ada yang terhempas sebelum menamatkan pertandingan.



Pada masa sama, ada robot yang berjaya mengawal pergerakan menuruni cerun sebelum tiba di garisan penamat.

Taekwon V yang berketinggian 125 sentimeter (sm) dan beratnya mencecah 43.06 kilogram (kg) menjuarai pertandingan itu dengan lima markah dan catatan masa 18 saat.

Kedua dimenangi Skiro, yang dibangunkan Institut Robot Pohang dengan tingginya 80 sm dan berat 15 kg. Ia juga memperoleh lima markah dan berjaya menamatkan saingan dalam masa 22.25 saat.

Tempat ketiga pula milik robot yang dihasilkan Universiti Kookmin, RoK-2, dengan ketinggian 140 sm dan 30kg berat, ia memperoleh dua markah dengan catatan masa 15.46 saat.



 



Skiro, robot

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain