BEBERAPA koleksi video yang memaparkan sekumpulan pelajar dari Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat membuat persembahan seni dikir barat menjadi tular di media-media sosial.
Bukan sahaja menari, malah pelajar-pelajar berkenaan dilihat turut menyanyikan lagu tradisional melayu Kelantan, Wau Bulan.
Ternyata, seni dikir barat kebanggan masyarakat Melaya Kelantan kini semakin berkembang dan mendapat perhatian dunia.