suria

Wanita Masih Hidup Ditanam 11 Hari, Keranda Ditemui Dalam Keadaan Ngeri

Paparan skrin video di Youtube/Casal Dos Videos

SEORANG wanita dilaporkan dikebumikan ketika masih hidup dan terperangkap dalam keranda selama 11 hari.

Keluarganya memecahkan sebuah kubur batu selepas penduduk tempatan mendengar jeritan dari arah kubur, tetapi sayangnya ia sudah terlambat.

Ketika mereka berjaya membuka peti mati kayu yang telah dipaku, Rosangela Almeida dos Santos, 37, didapati telah meninggal dunia.

Dari keadaan keranda itu, dia nampaknya telah berusaha keras untuk keluar dari peti itu.

-foto Globo G1

Sebuah video telah muncul menunjukkan kekecohan di tanah perkuburan Senhora Santana di Riachao das Neves, timur laut Brazil, ketika beberapa lelaki mengeluarkan keranda berat itu dan membuka penutupnya.

Orang ramai menjerit memanggil ambulans segera datang dan ada juga yang menyentuh mayatnya yang dikatakan suam.

Santos diisytiharkan mati oleh sebuah hospital pada 28 Januari dan dikebumikan pada hari berikutnya.

Orang yang tinggal dekat dengan tanah perkuburan memaklumkan kepada keluarganya pada 9 Februari, 11 hari selepas dia dikebumikan bahawa mereka mendengar suara dari arah kubur Santos.

Dia mengalami kecederaan pada tangan dan dahi yang mana dia dipercayai bergelut dari dalam keranda untuk keluar.

Paku di sekeliling penutup keranda juga dilihat mempunya kesan cuba dicabut dan terdapat kesan cakaran dan darah di bahagian dalam keranda, dakwa laporan.

Paparan skrin video di Youtube/Casal Dos Videos

Santos, yang telah berkahwin tetapi tidak mempunyai anak berada di hospital selama seminggu selepas digegaskan ke sana oleh keluarganya setelah mengalami keletihan teruk.

Dia ditahan di wad jantung sebelum mati akibat 'kejutan septik', mengikut sijil kematiannya.

Keluarganya menanamnya di kubur batu di tanah perkuburan di Riachao das Neves, hari berikutnya.

Penduduk tempatan Natalina Silva memberitahu laman web G1 Brazil bahawa ramai orang mendengar jeritan datang dari arah kuburnya.

"Apabila saya sampai di hadapan kubur, saya dengar bunyi hantukan dari dalam.

"Saya ingatkan budak-budak di sini cuba bergurau dengan saya. Kemudian saya dengar bunyi mengerang dua kali dan selepas itu tiada lagi bunyi itu."

Santos. -foto Globo G1

Ibu Santos, Germana de Almeida, 66, berkata: "Dia cuba buka penutup, paku-paku yang telah dipaku nampak longgar.

"Tangannya cedera, nampak seperti dia cuba keluar."

Keluarga itu percaya dia perisytiharan matinya adalah satu kesilapan.

Kakak Santos, Isamara Almeida, berkata: "Kami tidak mahu menuduh mana-mana doktor, kami tidak mahu menimbulkan masalah."

Ketua Polis Arnaldo Monte, yang mengetuai siasatan, berkata: "Kami mula mengambil kenyataan daripada ahli keluarga dan orang lain hari ini.

"Jika perlu, kami akan mendapatkan semula mayat Santos supaya kami dapat mencari apa yang sebenarnya berlaku."

Jurucakap hospital yang mengisytiharkan kematiannya berkata mereka akan memberikan semua maklumat yang diperlukan daripada mereka kepada keluarga dan pihak berkuasa. -metroUK

Artikel Sebelum

Basikal Puteri Diana Dilelong

Artikel Berikut

Artikel Lain