suria

Bukan Setakat Payudara Terdedah, Ramai Lagi Malu...

Insiden yang memalukan dialami Flavia Zoccari. Foto REX/Shutterstock

ATLET luncur ais, Gabriella Papadakis mengalami 'mimpi ngeri' apabila sebahagian payudaranya terdedah semasa beraksi dalam acara tarian luncur ais di Sukan Olimpik Musim Sejuk, minggu ini.

Walaupun insiden itu disaksikan jutaan penonton dari seluruh dunia, beliau terus menunjukkan persembahan yang memukau  di PyeongChang, Korea Selatan.

Gabriella (kanan) bersama pasangannya bagi acara tarian luncur ais ketika insiden sebahagian payudaranya terdedah. Foto Reuters

Bersama pasangannya, Guillaume Cizeron, kedua-dua mereka meraih pingat perak.

Bagaimanapun, beliau bukanlah atlet pertama yang berdepan insiden yang memalukan disebabkan masalah pakaian semasa beraksi dalam acara sukan.

Pakaian Yura Min (kiri) hampir terlucut. Foto REX/Shutterstock

Atlet Korea Selatan, Yura Min berdepan dengan detik-detik cemas apabila kostum yang dipakainya hampir terlucut.

Insiden itu berlaku semasa beliau beraksi dalam acara tarian luncur ais bersama pasangannya Alexander Gamelin di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang.

Atlet sukan polo air Sepanyol, Laura Lopez secara tidak sengaja mendedahkan sebahagian payudaranya apabila kostum yang dipakainya terselak semasa Kejohanan Renang Dunia Fina pada 2009.

Kostum yang dipakai Laura Lopex terselak sehingga menampakkan sebahagian payudaranya. Foto AFP/Getty Images

Atlet renang Itali, Flavia Zoccari berdepan dengan insiden memalukan berikutan kostumnya koyak sehingga menampakkan sebahagian punggungnya, pada Sukan Mediterranean, 2009.

Seluar yang dipakai bekas pemain kriket England, Andrew Flintoff turut terkoyak di bahagian depan semasa meraikan kemenangan dalam permainan di Afrika Selatan pada 2005. 

Atlet sukan bobsleigh Kanada, Christopher Spring turut berdepan dengan masalah kostum sehingga koyak di bahagian perut semasa Sukan Scohi pada 2004. - MirrorUK

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain