SESUATU yang mengejutkan apabila polis merampas hampir 400 kilogram kokain dalam serbuan di kedutaan Rusia di Buenos Aires, Argentina. Susulan operasi itu, beberapa suspek penyeludupan dadah negara itu turut ditahan. Menteri Keselamatan, Patricia Bullrich memberitahu sidang media, dadah itu ditemui itu bernilai kira-kira $62 juta. "Sekumpulan anggota kumpulan dadah cuba menggunakan khidmat penghantaran diplomatik di kedutaan Rusia untuk menyeludup bahan terlarang itu ke Eropah," katanya. Operasi bersama antara polis Rusia dan Argentina itu susulan penemuan dadah pada Disember 2016. Dadah itu diganti dengan tepung dan peranti diletakkan bagi memantau proses penghantaran 16 beg dan hasilnya membawa kepada penahanan lima suspek melibatkan dua warga Argentina dan tiga rakyat Rusia," kata Bullrich. Dadah berkualiti tinggi itu sepatutnya untuk penghantaran ke Rusia dan Jerman iaitu lokasi di mana dalangnya tinggal. "Kami percaya polis Jerman akan menahan suspek di sana," katanya. Menteri berkenaan berkata, ejen khidmat keselamatan Rusia telah berkunjung ke Argentina sebanyak tiga kali bagi membantu siasatan kes yang berlarutan lebih setahun. "Seorang daripada dua lelaki yang ditahan adalah warga Rusia yang juga anggota polis di Buenos Aires," katanya. Hasil siasatan mengesyaki bekalan dadah itu diperoleh daripada Colombia atau Peru.-TheJakartaPost