BIADAP dan tidak menghormati penjawat awam yang menjalankan tugas. Itu gambaran buat seorang wanita yang tidak berpuas hati selepas ditahan polis trafik yang menjalankan pemeriksaan ke atasnya. Dia bertindak menyerang anggota berkenaan dengan menggigit tangan kanan hingga mendatangkan kecederaan.