suria

Dua Maut Ditembak Penyerang Tidak Dikenali Di Narathiwat

NARATHIWAT: Dua maut akibat ditembak oleh penyerang tidak dikenali dalam dua kejadian di wilayah bergolak Narathiwat ketika delegasi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sedang melawat beberapa wilayah di selatan Thailand.

Penolong Ketua Polis Takbai Kapten Wirapong Inpakwean berkata seorang lelaki berusia 26 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan di dalam rumahnya di Kampung Sipo, Takbai pada 4.35 pagi Khamis (waktu tempatan).

"Pihak polis tidak menemui sebarang kelongsong peluru di lokasi kejadian," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Dalam kejadian 11.40 malam Rabu (waktu tempatan) pula, seorang lelaki berusia 60 tahun ditembak di bahagian badannya ketika berada di depan rumahnya.

Lelaki yang dikenali sebagai ‘Nasir' itu bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. - Bernama

Narathiwat

Artikel Lain