suria

Penonton Tergamam Petinju Tunjuk Rahsia Dalam Seluar Selepas Menang

-foto FightnightLive

APABILA petinju muda Michael Valentin memegang mikrofon selepas diumumkan menang ke atas Demetrius Wilson, siapa pun tidak menyangka dia akan membuat pendedahan menyayat hati.

Dia tidak bercakap mengenai kemenangan 4-0 yang baru diperolehinya, sebaliknya petinju berusia 18 tahun itu mendedahkan rahsianya yang membuat penonton tergamam.

Rupa-rupanya, selain perlu bertarung dengan lawan di gelanggang, dalam masa yang sama dia juga perlu 'bertarung' dengan beg stoma.

Dia kemudiannya mendedahkan bahawa dia dilahirkan dengan penyakit usus yang dipanggil Hirchsbrung, satu keadaan kelahiran di mana sarafnya hilang dari bahagian usus.

-foto FightnightLive

Ucapan Valentin menjadi salah satu ucapan paling memberi inspirasi yang pernah kita lihat dalam dunia sukan.

"Saya akan berehat selepas perlawanan ini," katanya.

"Saya tahu ia akan menyedihkan saya, tetapi, sepanjang hidup saya, saya telah berdepan dengan masalah.

"Saya selalu berjuang dengan sebuah beg kolostomi. Untuk mereka yang anggap saya berbohong, lihat kepada saya sekarang, saya memakai beg kolostomi."

-foto FightnightLive

Petinju muda itu, dalam keadaan menahan sebak membuka sedikit seluar pendek yang dipakainya untuk mendedahkan beg yang sedang terlekat di perutnya.

"Saya seorang pejuang hebat. Saya berjuang untuk apa saja. Selepas pertarungan ini, saya akan buat pembedahan, saya tidak akan bertarung selama kira-kira lapan bulan, sembilan bulan untuk pulih, tetapi saya akan kembali.

"Saya akan pulih, saya kuat dan saya seorang pejuang sebenar."

Penonton di dalam Twin River Casino di Lincoln, Rhode Island, Amerika Syarikat memberikan tepukan gemuruh kepadanya.

Valentin akan menjalani pembedahan usus dan dijangka kembali ke gelanggang dalam masa sembilan bulan. Ladbible.com

Artikel Lain