suria

Pokok Oak Pusat Pencari Jodoh, Terima Surat 40 Keping Sehari

SEBATANG pokok yang dikenali 'Bridegroom Oak' yang berusia 500 tahun menjadi tempat pencari jodoh.

Terletak di Eutin, Jerman pokok oak itu mempunyai alamatnya sendiri dan setiap hari menerima hampir 40 keping surat dari pelusuk dunia.

Surat mencari jodoh itu diharap akan dibaca oleh mereka yang berkunjung ke situ dan membalasnya kembali kepada pemilik surat berkenaan.

Biar pun pelbagai platform mencari jodoh yang lebih canggih dan moden dengan aplikasi mudah alih ketika ini, tetapi luahan melalui sekeping surat masih menjadi pilihan.

Bridegroom Oak

Walaupun kelihatan 'pelik' kerana beralamatkan kepada sebang pokok, tetapi ianya dianggap sesuatu yang romantik.

"Sesuatu yang istimewa dan sangat magis, " jelas seorang posmen berusia 72 yang menjadi penghantar surat ke Bridegroom Oak.

"Di Internet, fakta dan soalan menjadikan seseorang iitu dipadankan,  tetapi di pokok ini, ia seperti kebetulan - seperti takdir."

Pokok terkenal ini tumbuh membesar di Eutin kira-kira 500 tahun dahulu menjadi tempat bertemu jodoh, malah dianggap pusat kisah cinta.

Dan ianya mempunyai kisah legenda tersendiri mengenai cinta seorang gadis yang dihalang bapanya pada tahun 1890.

Menurut cerita penduduk tempatan, walaupun hubungan cinta dihalang, gadis dan teman lelakinya, seorang pembuat coklat bernama Wilhelm tetap berkahwin pada Jun 1891 di bawah pokok tersebut.

Sementara itu, pencari jodoh yang datang ke situ hanya boleh memilih satu surat sahaja dan jika berminat, pembaca itu membalas surat kepada si pengirimnya.

Pokok Pencari Jodoh

Artikel Lain