suria

Pegawai Polis Dikecam, Curiga Gaya Tunduk Hormat Terhadap Suspek

AKTIVIS Thailand menggesa supaya siasatan aspek disiplin dijalankan terhadap timbalan ketua polis Sri Ransibrahmanakul selepas klip video yang tersebar menunjukkan perlakuan tunduk hormat keterlaluannya kepada seorang suspek kes curi berprofil tinggi.

Setiausaha Agung Persatuan Perlindungan Perlembagaan Thailand, Srisuwan Chanya meminta Pesuruhjaya Polis menubuhkan panel untuk meneliti perlakuan Srivara.

Klip video yang dirakam di Balai Polis Thong Pha Phum di Wilayah Kanchanaburi apabila suspek, Premchai Karnasuta tiba untuk memberi keterangan berhubung kes memburu haiwan terancam dan berkhemah secara haram.

Menerusi rakaman itu, Premchai telah tunduk hormat atau wai kepada Srivara dan ia disusuli dengan tunduk hormat sebagai tanda balas oleh Srivara.

Bagaimanapun beberapa saat kemudian pegawai kanan polis mengulangi perlakuannya dengan gaya yang mencurigakan apabila gaya tunduk hormatnya kepada Premchai dianggap keterlaluan.

Tindakan Srivara telah menerima pelbagai kritikan di media sosial yang mempersoalkan gaya tunduknya kerana dianggap tidak sesuai dilakukan pegawai kanan polis untuk menunjukkan tunduk hormatnya yang keterlaluan kepada suspek.

"Kami mahu Perdana Menteri, Prayut Chan-o-chan, pesuruhjaya polis dan inspektor polis untuk menubuhkan panel bagi menyiasat kes ini," katanya.

Srivara, Premchai

Artikel Lain